KUALA LUMPUR: Peminat orkestra muzik klasik berpeluang menonton konsert A Celebration of Classical Music Lambang Sari Series 2023 yang dipersembahkan di pentas berprestij Istana Budaya dengan harga serendah RM30.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Zubaidah Mukhtar berkata, harga istimewa itu diharap dapat menarik lebih ramai penonton daripada pelbagai lapisan masyarakat bagi menikmati muzik yang sinonim dengan golongan atasan.
"Kita juga mahu memenuhi hasrat kerajaan yang mahu rakyat menikmati tiket dengan harga berpatutan ataupun harga Rahmah selain sempena meraikan ulang tahun ke -30 Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).
"Biasanya harga untuk tiket konsert orkestra ini paling murah pun sekitar RM180, tapi kita mahu memberi pendedahan kepada semua golongan masyarakat," katanya pada sidang media konsert itu di sini pada Selasa.
Beliau berkata, konsert orkestra bertemakan western classical music itu merangkumi empat siri persembahan dengan memainkan lagu-lagu ciptaan barat yang terkenal.
Zubaidah berkata siri pertama akan berlangsung pada 8 Julai ini manakala siri kedua pada 9 Sept, siri ketiga (21 Okt) dan siri keempat (18 Nov). Persembahan akan bermula pada 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.
Setiap siri menampilkan lagu berbeza selain mengetengahkan pemain solo (soloist) berlainan dan antara lagu yang bakal dipersembahkan adalah lagu ciptaan Bach, Mozart dan Dittersdorf Harp Concerto melibatkan 25 pemuzik OSK dan 10 pemuzik jemputan.
"Walaupun harga tiket murah, kualiti persembahan tetap bertaraf terbaik.
"Panggung Sari mampu menampung sehingga 1,300 penonton pada satu masa dan kita galakkan penonton untuk membeli pakej promosi dengan harga RM100 meliputi keempat-empat persembahan di laman web Istana Budaya," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2023
Menurut Zubaidah Mukhtar (gambar kecil), harga istimewa itu diharap dapat menarik lebih ramai penonton daripada pelbagai lapisan masyarakat bagi menikmati muzik yang sinonim dengan golongan atasan. - Gambar fail/Istanabudaya.gov.my
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Istana Budaya bawa Teater Muzikal Hang Li Po ke pentas Encore Melaka
Pementasan teater muzikal itu dihidupkan kembali sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Istana Budaya anjur Festival Laman Santai Malaysia Madani terbesar tahun ini
Istana Budaya sentiasa bersifat terbuka dan komited dalam menyatupadukan masyarakat hingga ke akar umbi tanpa mengira bangsa.
Istana Budaya tawar konsert muzik klasikal Harga Rahmah
Peminat orkestra muzik klasik berpeluang menonton konsert A Celebration of Classical Music Lambang Sari Series 2023 diIstana Budaya dengan harga serendah RM30.
SOP baharu sewaan Istana Budaya berjaya atasi masalah hutang tertunggak
Antara SOP yang ditetapkan ialah setiap syarikat produksi perlu membuat pembayaran penuh sebelum membuat persembahan atau pementasan.
DBKL yakin KL Park Festival 2023 dapat sambutan
DBKL yakin acara KL Park Festival 2023 yang berlangsung bermula esok di Taman Tasik Titiwangsa, di sini mendapat sambutan meskipun keadaan cuaca kini tidak menentu.
Istana Budaya catat kutipan RM6.144 juta pada 2022
Istana Budaya mencatatkan penjualan kutipan tiket sebanyak RM6.144 juta hasil daripada 15 program dan 39 pementasan yang dipertontonkan sepanjang 2022.
'Kalau konsert artis luar penuh...' - Erma Fatima kesal program keagamaan tak dapat sambutan
Erma berkata, bukan mudah untuk menganjurkan program sedemikian apatah lagi yang berbayar.
Aura Search 'gegarkan' Istana Budaya
Sentuhan kumpulan rock legenda tanah air, Search ternyata masih berbisa menerusi konsert yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Ahad.
Menjejak nostalgia kembara Search di Istana Budaya
Ahad ini, kumpulan rock legenda negara akan mengadakan konsert istimewa dalam pementasan Search Rock On 40.
Rock On 40: Kumpulan Search gegar pentas Istana Budaya 4 Disember
Kumpulan rock legenda, Search bakal muncul dalam Konsert Search Rock On 40 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 4 Disember ini.